Friday, July 12, 2019

Game Of Throne dialih bahasa?


Siri TV terkenal terbitan HBO itu sudah tidak asing lagi berada di dalam hati para peminat TV siri seluruh dunia. Setelah siri itu berakhir dengan musim ke-8 pada bulan Mei lalu, para peminat di seluruh pelusuk dunia seakan-akan sukar untuk menerima hakikat yang mana siri TV kegemaran mereka akhirnya tamat setelah lebih kurang 8 tahun disiarkan. 

Sedikit pengenalan tentang siri Game Of Thrones, siri ini menceritakan tentang perbalahan dan kontroversi yang ditimbulkan oleh 7 buah kerajaan utama di benua yang dipanggil Westeros. 
Semasa 7 buah kerajaan ini berperang dan membuat agenda politik masing-masing, mereka semuanya sedang menghampiri malapetaka yang bakal menghancurkan seluruh Westeros malah seluruh dunia yang ada dalam siri fantasi ini. 

Ternyata siri TV ini bukanlah siri TV yang biasa-biasa kerana ia menduduki tangga teratas di dalam sebuah laman sesawang IMDB. (Internet Movies Database).

Pakaian ala-ala zaman Medieval memberi impak yang besar dalam siri ini.

Salah satu adegan yang ikonik dalam siri ini.
Turut disuntik dengan elemen "cinta terlarang"
Konsep fantasi tidak lengkap tanpa penggunaan raksasa mitos seperti Naga.

Dikatakan mempunyai peminat yang besar di seluruh dunia. Kenyataan itu memang tepat sama sekali apabila sebuah video alih bahasa siri itu telah dimuat naik di laman Youtube pada bulan Januari lalu oleh seorang "anonymous".

Video alih bahasa yang berdurasi 6 minit lebih itu menggunakan klip suntingan dari beberapa episod siri Game Of Thrones musim yang pertama. Apa yang menarik perhatian saya ialah video itu menggunakan bahasa Sabah dalam dialek masyarakat Kadazan-dusun. Boleh tonton di bawah ;















2 comments:

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...