Ramai antara rakyat Sabah yang lebih suka membeli rokok yang diseludup berbanding rokok yang di cukai oleh kerajaan . Antara penyebab utama adalah harga yang jauh beza . Harga rokok yang dikenakan cukai terkini adalah RM 17.50 berbanding rokok seludup yang dijual boleh didapati serendah RM3.50.
Terdapat banyak rokok-rokok dipasaran kini , tetapi manakah yang menjadi pilihan orang Sabah ? Berikut kami senaraikan hasil yang kami dapat ;
1. Era Premium Biru
Era premium biru menjadi pilihan ramai bagi perokok yang lebih kepada rasa yang panas . Harga Rokok ini boleh didapati serendah RM3.50.
2. Era Premium Hitam
Era Premium Hitam atau lebih sering dipanggil “Era Black ” . Popular di kalangan mereka yang lebih suka rasa yang sejuk . Juga menjadi pilihan di kalangan perempuan yang merokok . Harga rokok ini boleh didapati serendah RM3.50
3. Era Premium Ice Plus(click)
Era premium Ice Plus atau lebih sesuai dipanggil “Era Click” adalah rokok yang mempunyai dua rasa, Panas dan sejuk . Tidak dinafikan , rokok ini susah untuk dicari . Harga rokok ini adalah RM4.50 hingga RM5.00
D&J Rokok ini boleh didapati dengan harga RM5.00 hingga RM6.00 mengikut kedai. Mempunyai kelebihan pada fungsi Double Switch dengan perasa seperti yang terdapat pada rokok premium, Dunhill dan Stuvesant.
5. LA Menthol
L.A Menthol Rokok ini boleh didapati serendah RM5.00 hingga RM5.50. Merupakan rokok kretek dan saiznya lebih slim berbanding rokok biasa.
6. Premium International (Gold)
Terdapat dua jenis rokok premium iaitu Gold dan Black , Harga bagi rokok premium gold ini lebih murah berbanding Premium Black dan boleh didapati dengan harga serendah RM4.00 dan biasa dipanggil Premium Kuning.
![]() |
Premium Hitam/Premium Black |
7. Astro (American Blend)
Rokok Astro yang langsung tidak ditaja oleh pihak Astro . Rokok ini boleh didapati dengan harga serendah RM3.00 dan menurut pengalaman rakan-rakan, rokok ini mempunyai rasa yang kurang enak berbanding rokok jenama Era.
8. Gudang Garam (Surya)
Gudang garam merupakan rokok lagenda namun tidak semua orang meminati rokok ini . Rokok ini boleh didapati dengan harga serendah RM7.00 hingga RM8.00 mengikut kedai. Terkenal kerana mempunyai filter yang berperisa manis namun mempunyai bau dan aroma yang kuat dan mungkin tidak disukai ramai terutamanya kepada non-smoker.
Sumber asal Tomato Amigos
No comments:
Post a Comment