Saturday, July 20, 2019

KISAH BENAR : Kisah Sedih Hollywood Yang Ramai Tidak Tahu


Siapa yang tidak mengenali Ikon lagenda Hollywood, Sylvester Stallone yang kini berusia 73 tahun, 4 tahun lebih muda dari Paul McCartney. Sepanjang lebih kurang 48 tahun dalam karier seorang pelakon aksi, pengarah dan penerbit filem mungkin masih ada yang tidak tahu kisah keperitan dan kepayahan hidup yang hampir memusnahkan kerjaya dan hidupnya. 



Beliau pernah mengalami waktu yang sangat sukar dalam kehidupannya. Kehidupannya yang sangat miskin dan sangat terdesak telah menyebabkan beliau mencuri barangan kemas milik isterinya lalu menjualnya. Keadaan bertambah buruk lagi apabila beliau pernah menjadi gelandangan yang tidak mempunyai tempat berteduh yang kita sebut RUMAH. Pernah tinggal dan tidur di stesen bas, bandar New York selama 3 hari. Ini kerana beliau tidak mempunyai wang yang cukup untuk membayar sewa malah untuk membeli makanannya sendiri. Paling teruk lagi, beliau terpaksa menjual anjing peliharaannya dengan harga 25 Dollar. Ini disebabkan beliau tidak mampu untuk memberi makanan kepada anjingnya itu. Selepas dia menjual anjingnya di sebuah kedai minuman keras, dia pergi sambil menangis. Perasaan itu hanya beliau yang tahu bertapa sakitnya apabila tidak dapat makan dan terpaksa menjual anjing kesayangannya.

2 minggu kemudian beliau ternampak satu perlawanan tinju diantara Mohamed Ali dan Chuck Wepner. Peristiwa itulah yang memberi beliau satu idea untuk menulis skrip filem yang terkenal, dipanggil ROCKY. Beliau mengambil masa lebih kurang 20 jam untuk menghabiskan skrip itu dan mencuba menjualnya dan mendapat tawaran sebanyak 125,000 Dollar untuk skrip tersebut. Namun beliau membuat SATU permintaan. Stallone mahu berlakon dalam filem yang ditulisnya sendiri. Malangnya, studio tersebut menolak kerana mereka inginkan seorang bintang filem yang dipanggil REAL STAR. 

Beliau diketawakan oleh orang-orang studio kerana perwatakannya dan cara beliau bercakap agak lucu. Tanpa membuang masa dia terus pergi dengan skripnya. Beberapa minggu kemudian studio yang sama menawarkan harga sebanyak 250,000 Dollar untuk skripnya itu. Dia menolak. Studio itu tidak berputus asa dan kali ini menawarkan harga yang lebih tinggi sebanyak, 350,000 Dollar. Tapi beliau menolak lagi kerana dia mahu berlakon dalam filem itu sendiri. 

Akhirnya, studio itu akur dengan membeli skrip itu dengan harga USD 350K dan akan membenarkan beliau berlakon dalam filem tersebut. Sehingga filem itu berjaya memenangi anugerah Best Picture, Best Directing dan Best Film Editing di dalam satu anugerah perfileman paling berprestij, Anugerah Oscar. Beliau juga dicalonkan sebagai Best Actor ! Untuk pengetahuan anda semua, filem Rocky mendapat gelaran sebagai salah satu filem paling terbaik dalam sejarah filem Amerika malah seluruh filem di dunia.

Selepas mendapatkan bayaran, apa yang beliau lakukan? Ya, beliau pergi mendapatkan kembali anjing kesayangannya. Dia menunggu di kedai arak selama 3 hari sehingga tuan kedai datang bersama-sama anjingnya. Stallone merayu agar tuan kedai itu menjual kembali anjing itu kepadanya. Namun tuan kedai enggan menjualnya. Beliau menawarkan harga 100 Dollar, tuan kedai menolak. Beliau menawarkan lagi sebanyak 500 Dollar tapi ditolak juga. Ya pekedai itu menolak bahkan Stallone menawarkan 1K Dollar. Percaya atau tidak, beliau harus membayar sebanyak 15K Dollar untuk anjing yang dia pernah jual dengan harga 25 Dollar sahaja ! Ya, dia berjaya mendapatkan kembali anjingnya itu.



Apa yang kita boleh belajar dari kisah benar ini sangat banyak. Ketika Sylvester Stallone jatuh miskin sebenarnya waktu itu dia sudah bergelar pelakon biasa yang cuma hanya layak pegang watak-watak extra. Nasib beliau tidak baik kerana mengalami kejatuhan yang tidak diduga. Kita tidak pernah mengimpikan untuk mendapatkan kehidupan yang miskin dan susah. Terus terang semua orang inginkan kehidupan yang selesa dan senang. Namun apa yang kita impikan itu tidak selalunya akan menjadi kenyataan. Tanpa usaha dan kepercayaan pada diri, kita tidak akan berjaya. Melalui kisah benar ini, kita boleh jadikan ia sebagai penyuntik motivasi agar selalu beringat, sesuatu yang buruk itu tidak semestinya akan buruk selalu. Kerana setiap yang terjadi, pasti ada hikmah disebaliknya. 

Stallone bersama anjing kesayangannya, Butkus.
Kesimpulanya, tanpa Mohamed Ali.. tiadalah filem Rocky. Jika filem Rocky itu tidak pernah wujud, mungkin, nasib Sylvester Stallone tidaklah seperti sekarang. 


No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...