Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan asas yang layak berdiri disebelah MAKANAN, PAKAIAN, MINUMAN, RUMAH dan banyak lagi. Mungkin ada orang yang boleh hidup tanpa menggunakan telefon pintar namun, kajian menunjukan manusia zaman ini rata-ratanya mengakui tidak boleh hidup tanpa telefon pintar. Kerana telefon pintar yang terkini dilengkapi pelbagai teknologi dan fungsi yang penting selain membuat panggilan dan menghantar SMS/TEXTING.
Diantaranya ialah :
1. Membuat pesanan makanan (Foodpanda, Grabfood dan Morefun)
2. Menempah perjalanan/kenderaan (Grab, MyCar, Borride dan banyak lagi)
3. Menghantar e-mail (Google mail, Yahoo mail)
4. Menyunting video dan gambar (Kinemaster, Snapseed)
Tidak lupa fungsi yang kerap kali diajukan oleh anak-anak muda, iaitu bermain permainan versi Mobile seperti yang tengah popular sekarang ini, permainan Mobile Legend, PUBG, Clash Of Clan dan banyak lagi.
Kita sebagai pengguna harus bijak menentukan jenis telefon apa yang harus kita beli agar kita dapat melakukan pelbagai kerja yang bersesuaian dengan penggunaan kita. Kalau kita kaki SELFIE kita mesti menitik beratkan kualiti kamera sesebuah telefon tersebut. Kepada mereka yang tidak pandai ber SELFIE atau pun bermain GAME, maka telefon ENTRY LEVEL sudah cukup memadai. Begitu juga kepada kaki game, maka mereka akan mendapatkan telefon yang mempunyai kemampuan dan spesifikasi yang lengkap dan tinggi agar boleh bermain game dengan lancar dan selesa.
Disini saya tidak senaraikan banyak jenis telefon untuk anda, kerana saya hanya ada 1 jenama telefon yang akan saya syorkan kepada mereka yang suka Selfie dan bermain Game. Telefon keluaran jenama Realme telah menembusi pasaran antarabangsa pada awal bulan Mei tahun 2018 dengan model pertamanya, Realme 1.
Sedikit latar belakang REALME, ia adalah jenama telefon keluaran China dan merupakan bekas Subbrand dari jenama OPPO Electronic Corporation. Kini Realme berdiri dengan sendirinya yang sebelum ini dikenali sebagai OPPO REAL. Terkini, Realme telah mengeluarkan sebuah telefon pintar yang canggih dan versatile ! Memperkenalkan produk terbaru, Realme 3 Pro yang mempunyai dua variasi, 4GB dengan 64GB Storan dan 6GB RAM dengan 128GB Storan. Di kuasakan dengan QUALCOMM Snapdragon 710 digandingkan dengan pacuan chipset Adreno 616 GPU. Di pasang dengan 2 kamera belakang 16MP+5MP dan kamera depan canggih 25MP yang juga menyokong fungsi AI Face Unlock.
YANG MENARIKNYA ! telefon ini dijual di pasaran tempatan dengan harga yang mampu milik hanya, RM899 untuk variasi 4GB/64GB. Terdapat banyak telefon yang mempunyai harga yang sama seperti Vivo, Xiomi Redmi, Honor dan juga Samsung ! Namun pada pendapat saya, model lain tidak mempunyai kelebihan seperti yang ada pada Realme 3 Pro yang sangat-sangat versatile ini ! Harga yang sama, namun mempunyai kelebihan yang berbeza.. sebagai pengguna anda harus bijak membandingkan harga dan kelebihan setiap telefon yang anda idamkan. Oh ya hampir terlupa, model ini mempunyai kapasiti bateri yang besar ! lebih kurang 4045mAh ! juga mempunyai fungsi fast charging !
Namun begitu, ini hanyalah sebuah ulasan peribadi saya. Mungkin anda, lebih berminat dengan model telefon dari jenama lain dan mungkin anda seorang peminat model telefon Samsung atau Vivo. Realme 3 Pro sangat trending di pasaran ketika ini dan ramai Youtubers membuat penilaian tentang kelebihan model telefon ini. Korang boleh pergi ke Youtube dan melihat ulasan dan penilaian yang mereka buat, sini saya sertakan beberapa link yang mungkin anda cari. Oleh itu, jalankan kajian dan penyelidikan anda terlebih dahulu sebelum membuat keputusan. Korang adalah pengguna, jadi korang harus bijak.. sebab yang pakai telefon tu bukan orang lain, tapi diri kamu sendiri juga.
No comments:
Post a Comment