Sunday, July 14, 2019

Maksud Sebenar GRA*B ?


"Gra*b ni kalau nasib bagus, baguslah..
kalau memang buruk nasib kau, buruklah itu"

Inilah kata-kata dari seorang pemandu perkhidmatan E-Hailing yang disebut Gra*b. Pemandu ini adalah kawan saya sendiri beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan kini menetap di Inanam, Kota Kinabalu, Sabah. Beliau yang mesra disapa dengan nama Joe merupakan seorang pemandu berbangsa Dusun yang sudah mempunyai pengalaman lebih kurang 2 tahun dalam bidang E-Hailing atau pemandu elektronik. 

Joe memulakan karier sebagai pemandu pada pertengahan tahun 2017 lagi ketika itu dia masih bersama dengan syarikat E-Hailing U. Pada masa itu Joe boleh menjana pendapatan harian tetap sebanyak RM100-150 sehari. Menurut kawan saya ini, beliau hanya memandu dalam lebih kurang 5 hingga 6 jam sahaja sehari untuk mendapatkan pendapatan seperti itu. Kerana beliau mempunyai masalah penglihatan dan tidak digalakan untuk memandu di waktu malam terutamanya kalau hujan lebat. 

Perasaan Joe sangat gembira ketika bersama Syarikat U. Hari-hari dia akan bercerita tentang pengalaman hariannya dengan saya. Kerap kali juga dia membelanja saya makan dan minum di Kedai Kopi Cina. Kehidupanya sangat selesa ketika itu kerana dia mampu untuk makan KFC hari-hari dan mampu membeli Postpaid Telco Kuning yang mempunyai bil bulanan RM100. Beliau juga sering meminjamkan wangnya kepada saya dan rakan-rakan lain yang bekerja makan gaji. Hinggalah pendapatannya boleh mencecah RM700 hingga RM800 untuk tempoh seminggu sahaja. Bayangkan ! Joe kawan saya itu boleh memperolehi pendapatan sebanyak RM700 dalam tempoh seminggu sahaja sedangkan kawannya yang makan gaji hanya mempunyai purata gaji harian RM50-75. Jika dikira dalam seminggu pun baru dalam RM400. 

Sehingga beliau mampu untuk membeli sebuah kereta baru khas untuk dijadikan aset beliau untuk melakukan pekerjaan sebagai pemandu. Namun pada tahun 2018, kehidupan beliau terus terumbang ambing bagaikan dipukul badai dan taufan. Kerana Syarikat U tidak lagi dapat beroperasi akibat menjual sahamnya kepada Syarikat Gra*b. Kini dengan Gra*b beliau tidak lagi dapat menjana pendapatan yang lumayan seperti dulu kerana sistem aplikasi Gra*b ini sangat AYAM MATI katanya.

Di tambahnya lagi, dengan kehadiran lebih daripada 5 ribu orang pemandu di seluruh Kota Kinabalu..bandaraya paling jem di Sabah, agak sukar untuk cari makan kerana persaingan yang begitu sengit. DI TAMBAH lagi sejak Kerajaan PH mengambil alih pemerintahan Negara, pelbagai pekeliling baru diperkenalkan oleh para Menteri yang bijak dan cekap. Pemandu E-Hailing harus mempunyai sistem yang serupa dengan pemandu Teksi yang mana, harus mempunyai permit dan segala-gala lesen wajib seperti Kad Pemandu dan Lesen PSV.

"Semua ini untuk apa sebenarnya?" 
kata Joe dengan nada yang kecewa dan sedikit pening..


BENDA YANG PATUT ADA 
PADA APLIKASI PEMANDU GRA*B

Di Apps penumpang, mereka dapat melihat butiran pemandu beserta rating dan gambar wajah pemandu mereka. Tetapi di Apps Driver pula sebaliknya. Driver tidak dapat melihat apa-apa butiran tentang siapa pelanggan mereka, kecuali nama palsu yang digunakan oleh pelanggan dan lokasi mereka. Hanya itu sahaja ! kelemahan ini telah mengakibatkan pelbagai masalah kepada pemandu sehingga ada pemandu yang ditimpa nasib malang kerana beliau tidak dapat melihat butiran penumpang mereka terlebih dahulu. 

"Sial kau Gra*b kata Joe dengan marah!"

Di sini kita boleh lihat dan nilai sendiri bahawa Gra*b ini mempunyai sistem yang berat sebelah dan lebih mengutamakan keselesaan pengguna. Amboi.. mereka tidak sedar bahawa jika tiada pemandu selaku orang yang menjalankan perniagaan mereka, syarikat mereka boleh lingkup sebenarnya. Tapi itu tidak akan berlaku dalam masa yang terdekat ini, kerana belum ada Aplikasi E-Hailing yang dapat menandingi kecanggihan Gra*b. 

Oleh itu saya sebagai kawan baik Joe, mendoakan agar beliau sentiasa berhati-hati semasa memandu dan bekerja dibawah cuaca panas terik hujan dan taufan. Sebelum terlupa, ini dia maksud sebenar GRA*B :

G = GILA 
R = RACUN
A = AHHHHH !!!
* = SIAL !!
B = BABI !!

GILA RACUN AHHHH !! SIALAN !! BABI !!

Embed from Getty Images

No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...