Sunday, July 14, 2019

Queen Yang Berhantu, Mendominasi Dunia Muzik Lewat 70an


Entri kali ini kita akan bercerita ringkas tentang sebuah kumpulan muzik rock British yang tidak asing lagi di telinga pendengar dan penggemar muzik rock. Di anggotai oleh 4 orang pemuzik luar biasa yang diketuai oleh Brian May di posisi Gitar, Roger Taylor sebagai Drummer, Freddie Mercury selaku penyanyi utama dan di posisi Bassist, John Deacon.

Di tubuhkan secara rasmi dengan nama Queen pada tahun 1970 di kota London. Mereka memperjuangkan muzik rock yang unik dan boleh dikatakan masih fresh di zaman mereka. Secara jujur dan peribadi, di zaman sekarang pun lagu-lagu hit mereka masih relevan diperdendangkan di event-event besar. 

Freddie (kiri) sedang beraksi bersama gitaris Brian May (kanan)
APA YANG MEMBUATKAN QUEEN INI BAGUS SANGAT ?


Queen telah mengeluarkan lebih kurang 15 buah album studio dari tahun 1973 hingga pertengahan 90an. Kekuatan dan keunikan lagu dan muzik mereka ini datang dari setiap anggotanya itu sendiri. Saya ambil contoh yang paling ketara ialah vokal Freddie yang unik, lantang dan beliau mempunyai range suara yang besar. Tidak tahu apa itu range suara? baca sini VOCAL RANGE

Embed from Getty Images
Selain mempunyai pakej suara yang luar biasa, beliau juga mempunyai kemampuan untuk menghasilkan melodi dan rentak lagu yang bagus. Bohemian Rhapsody dikatakan lagu ciptaan beliau yang berhantu dan sehingga kini maksud sebenar di sebalik lagu itu masih misteri dan menimbulkan konspirasi.


SIAPAKAH FREEDIE MERCURY?

Ada yang mengatakan beliau mendapat ilham untuk menulis lagu itu berdasarkan pengalaman dan perasaan yang beliau pendamkan selama bertahun-tahun sebelum menjadi vokalis Queen lagi. Boleh dengar di sini : Bohemian Rhapsody Song

Untuk pengetahuan anda semua, nama sebenar Freddie ialah Farrokh Bulsara dan beliau dilahirkan di Zanzibar (terletak di benua Afrika selatan) dan berbangsa Iran/Parsi yang tinggal di India sebelum berpindah ke Middlesex, England. Freddie dibesarkan dengan pengaruh agama purba yang dipanggil Majusi atau lebih dikenali sebagai Zoroastrianisme. 

Farrokh Bulsara dikatakan telah membunuh dirinya dan lahir sebagai insan baru yang bernama Freddie Mercury. Beliau juga dikatakan mempunyai masalah pelik berkaitan dengan jiwa dan batinnya yang tidak menentu. Faktor itu juga mempengaruhi orientasi seksualnya yang boleh saya katakan beliau adalah seorang biseksual tetapi cenderung memilih kaum sejenis. Beliau meninggal pada tahun 1991 ketika berumur 45 tahun. Punca kematian adalah disebabkan paru-paru berair (Pneumonia) kerana komplikasi AIDS.

Sudah lebih kurang 28 tahun beliau meninggalkan semua peminat Queen di seluruh dunia. Termasuk 3 sahabat baik merangkap ahli kumpulannya. Kini, posisinya sebagai vokalis Queen diteruskan oleh seorang penyanyi muda bernama Adam Lambert. Dipercayai Adam juga merupakan seorang lelaki Homoseksual. Freddie telah pergi, namun semangatnya masih dapat dirasai di setiap lagu-lagu berhantu yang beliau hasilkan bersama-sama Queen.

No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...