Saturday, July 20, 2019

Hiburan : Laki Bini Jadi Mentor ?


PROGRAM pencarian bakat Mentor Milenia 2019 yang bermula Oktober depan tampil dengan format baru dan memansuhkan proses uji bakat mengikut mentor. Menurut Penerbit Eksekutifnya Sufian Isa, sebaliknya protege yang terpilih ke Top 20 kelak akan diberi kuasa untuk memilih mentor pilihan hati mereka.

“Pada peringkat uji bakat, peserta yang hadir akan dinilai juri berpengalaman di lokasi terbabit. Kemudian, 20 peserta terbaik akan dipilih ke peringkat seterusnya. “Pada peringkat itu, kesemua lima mentor akan membuat penilaian memilih protege mana yang layak bertanding ke pentas Mentor Milenia tahun ini,” katanya.

Selain format berkenaan, lingkungan umur peserta juga dinaikkan daripada 17 hingga 23 tahun berbanding musim terdahulu iaitu hingga 21 tahun saja. Lima mentor iaitu Akim, Black, Hazama, Stacy dan Ernie Zakrie diperkenalkan untuk bertarung merebut kejuaraan di mana musim lalu dimenangi Akim menerusi protegenya, Elica Paujin.

Elica Paujin. Juara Mentor Milenia musim lepas. 

Uji bakat bakal diadakan di dua lokasi iaitu Promenade Hotel, Kota Kinabalu pada 3 dan 4 Ogos serta Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam (24 dan 25 Ogos serta 7 dan 8 September).

Mentor Milenia bakal menemui penonton TV3 bermula ​6 Oktober ini pada setiap Ahad jam 9 malam​ selama 10 episod.

Juara Mentor Milenia 2019 akan memenangi RM100,000 berserta trofi.

Program itu dihoskan oleh ​Shuk Sahar ​dan ​Elly Mazlein​.

Peserta yang ingin menghadiri uji bakat boleh memuat turun borang pendaftaran di sini boleh klik dan membawanya ke sesi uji bakat selepas diisi. Selain itu, peserta perlu membawa kad pengenalan, gambar berukuran pasport atau 3R dan minus one lagu yang bakal dipersembahkan untuk penilaian.

Oleh : Georgie Joseph

No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...