Friday, July 12, 2019

The Beatles Hilang Di Muka Bumi !!


Baru-baru ini peminat filem tegar pasti tahu tentang sebuah filem Biografi terbaru berjudul Yesterday. Tajuk filem itu diambil sempena tajuk sebuah lagu HIT kugiran lagenda yang ditubuhkan di Liverpool kira-kira hampir 60 tahun yang lalu. YESTERDAY mengisahkan tentang perjalanan liku-liku karier seorang pemuzik yang belum berjaya bernama Jack Malik, Lakonan Himesh Patel. 

Jack Malik berasa sangat hampa dan hampir putus asa untuk berkarya dalam muzik kerana muzik dan lagunya kurang memberangsangkan dan kerap kali menjadi sindiran rakan-rakannya. Hinggalah pada satu malam selepas beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya yang telah mengubah semuanya termasuk industri muzik dunia.

Selepas malam itu, semua benda yang Jack suka atau gemari tidak wujud di dunia. Sebagai contoh, kugiran kegemaran Jack ialah The Beatles. Kugiran itu tidak pernah wujud di muka bumi dan tiada sesiapa yang tahu tentang kumpulan tersebut. Lalu Jack mengambil keputusan untuk menjadi THE BEATLES dan memainkan kembali lagu-lagu terbaik The Beatles dan akhirnya beliau menjadi pujaan ramai seperti apa yang dikecapi oleh The Beatles satu ketika dulu.

Tonton lanjut trailer disini, 



Himesh Patel sebagai Jack Malik. Juga merupakan pelakon dan penyanyi.
Ed Sheeran turut membintangi filem ini sebagai watak pembantu.
















No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...