Saturday, July 20, 2019

Raja Singa Mengaum Lebih Hidup !


Siapa yang masih ingat dengan animasi keluaran Disney, The Lion King yang diterbitkan pada tahun 1994. Waktu itu animasi ini cuma dibuat menggunakan grafik 2D. Kini selepas Cinderella, Beauty And The Beast, The Junggle Book dan Aladdin, tiba giliran The Lion King untuk dijadikan Live !

Filem live-action ini merupakan remake kepada filem animasi dengan tajuk yang sama. Sedikit spoiler !! jalan cerita asal yang ada pada filem 1994 tidak banyak beza dengan filem remake ini. Penambahbaikan juga ada dibuat untuk filem remake yang menelan belanja sebanyak 260 Juta USD mengikut laporan sebuah laman sesawang deadline.com LIHAT SINI. Kepada mereka yang tidak pernah menonton The Lion King versi tahun 1994, dan terus menonton versi remake ini anda mempunyai sedikit advantage dan kepuasan. Kerana bagi pendapat peribadi saya, menonton remake ini seakan-akan anda menonton siri manga Dragon Ball yang diadaptasikan menjadi anime. Yang mana anda sudah mengetahui jalan cerita melalui komik dan menonton versi yang lebih cantik, beranimasi dan mempunyai suara dan sound effect. Namun begitu, itu hanyalah pendapat peribadi saya sendiri. Jadi tunggu apa lagi, pergilah menonton filem ini di pawagam yang berdekatan dengan anda. 

Pelakon suara dalam The Lion King 2019.

Apa yang menarik dalam filem remake ini, tahap CGI, effect, motion capture yang dihasilkan adalah sangat luar biasa. Jika anda pernah menonton remake The Jungle Book 2017 juga keluaran Disney, anda pasti dapat membayangkan bagaimana grafik yang ada dalam The Lion King 2019.

Kualiti CGI Tahap terhebat dalam The Jungle Book 2017.

Saya lebih berminat jika filem ini diadaptasikan menjadi real people dan bukannya dalam dunia binatang liar di Afrika. Tapi itu cuma idea dan imaginasi saya sahaja ! overall i will give... 7 out of 10. 

1 comment:

  1. Casino near Harrah's Philadelphia - Mapyro
    Find 전라북도 출장마사지 Casinos Near Harrah's Philadelphia, PA reviews, photos and prices. Find reviews and information for nearby casinos.Is there a 아산 출장샵 casino near Harrah's Philadelphia?How 영천 출장샵 much does it cost 대전광역 출장안마 to stay at Harrah's 충주 출장샵 Philadelphia?

    ReplyDelete

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...