Selepas filem Bohemian Rhapsody yang telah ditayangkan pada pertengahan tahun lalu mendapat kritikan dan berjaya meraih lebih kurang RM3 Billion lantas menjadikan filem itu BOX OFFICE. Konsep biografi muzikal menjadi trend produser-produser di Hollywood ketika ini kerana sebuah lagi filem yang mempunyai genre yang sama dengan Bohemian Rhapsody bakal masuk ke panggung yang berhampiran dengan rumah anda!
ROCKETMAN adalah tajuk judul yang menguatkan lagi saham filem terbitan Marv Film itu. Info lebih untuk anda, Marv Film ialah sebuah syarikat penerbitan filem milik Matthew Vaughn yang juga merupakan syarikat yang telah menerbitkan 2 buah filem aksi komedi, Kingsman. Jadi jangan hairan kenapa pelakon kacak Tarron Egerton menjadi pelakon utama dalam filem ini.
Filem ini menceritakan tentang biografi penyanyi lagenda sepanjang zaman yang berasal dari London, iaitu Sir Elton Hercules John. Kita akan dibawa melihat bagaimana seorang kanak-kanak berbakat besar dalam muzik tetapi kehidupannya terumbang ambing, kesunyian, ketakutan kerana masalah keluarga yang terpaksa dihadapinya di usia yang masih muda. Namun masalah peribadi itu tidak melemahkan semangatnya untuk menjadi seorang bintang muzik yang berjaya dan terkenal.
Filem ini juga mengundang pelbagai maklum balas positif dan negatif kerana mempunyai unsur-unsur LGBT yang boleh dikatakan agak "jelas" dan "terang". Okay.. sebelum terlupa Tarron Egerton yang lebih dikenali sebagai Eggsy kerana popular dengan filem Kingsman adalah orang yang memegang watak sebagai Elton John dalam filem biografi ini. That's mean, Egerton akan melakon beberapa adegan cumbuan gay dengan seorang pelakon lelaki yang popular dengan siri tv Game Of Thrones, Richard Madden. Yang menariknya kedua-dua pelakon ini adalah lelaki straight di dalam kehidupan peribadi mereka.
Setakat ini 2 buah negara telah mengharamkan filem ini daripada menembusi mana-mana pawagam yang berada di Mesir dan kepulauan negara Samoa. Begitu juga dengan Rusia yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa babak gay itu akan ditapis. Persoalannya adakah movie ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia ? Pendapat peribadi, jawapan saya mengatakan YA tapi pasti akan ditapis sebaik-baik mungkin. Sebab saya sendiri pernah melihat iklan trailer filem ini dimainkan disebuah skrin panggung wayang ternama di Malaysia. Anda peminat Tarron Egerton? suka dengan lagu-lagu Elton John ? tidak salah untuk anda membeli tiket dan menonton filem ini.. nantikan di pawagam!
No comments:
Post a Comment