Saturday, July 20, 2019

Tanpa Sungai Nil, Tamadun Mesir Purba Mungkin Tidak Akan Wujud


Sungai Nil dipercayai adalah sungai terpanjang di dunia. Mempunyai panjang lebih kurang 6.8 Ribu Kilometer dan mempunyai kelebaran lebih kurang 2 batu. Sungai ini mengalir hingga ke arah Laut Mediterranean. Tanpa kehadiran sungai ini, tamadun Mesir purba mungkin tidak akan wujud sama sekali kerana sungai ini membekalkan sumber air minum dan digunakan dalam aktiviti pertanian. Mengikut sumber yang dipercayai, setiap tahun banjir akan melanda dan air sungai akan melimpah dikedua-dua belah sungai tersebut.

Akibat banjir itu, batas tanah hitam yang kaya dengan nutrien akan terkumpul di tepi kedua-dua belah sungai.  Untuk pengetahuan anda semua, orang mesir purba menjadikan pertanian sebagai aktiviti utama mereka dalam menjalani kehidupan. Para petani menggunakan tanah hitam yang kaya dengan nutrien itu untuk menanam pelbagai jenis tanaman. Disebakan tanah di kawasan penempatan mereka itu berwarna hitam akibat daripada banjir itu, rakyat Mesir menamakan negara mereka sebagai Kemet, yang bermaksud 'Daratan Hitam' atau 'Black Lands'. Selain mahir bercucuk tanam, orang mesir purba mahir membuat sampan dan bot. Sungai Nil memainkan peranan yang sangat penting dalam sistem pengangkutan air pada zaman itu. Melalui sungai inilah orang Mesir purba melakukan pelbagai aktiviti seperti menghantar barang jualan, bertani dan sangat penting untuk sumber air bersih.



No comments:

Post a Comment

GADGET : Telefon Bawah RM1000 Paling Terbaik

Telefon pintar atau Smartphone adalah satu benda yang sangat penting di zaman ini. Boleh dikatakan telefon pintar adalah satu keperluan...